Bagaimana pengurusan jenazah yang meninggal dunia dalam kebakaran atau seumpamanya ustaz.? | Islam Itu Indah
loading...

Bagaimana pengurusan jenazah yang meninggal dunia dalam kebakaran atau seumpamanya ustaz.?



iklan responsive


Jawapan :

Jika mayat itu sudah tidak mungkin untuk dimandikan kerana hancur terbakar, maka harus ditayammumi. Benar, korban kebakaran itu termasuk mati syahid, tetapi syahid akhirat saja dan bukan syahid dunia dan akhirat seperti orang yang mati dalam medan pertempuran. Maksudnya, masih wajib dimandikan (jika mungkin), dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Dasar pengambilan: Kitab Al Bajuri juz 1 halaman 242 - 243:

(وَيَلْزَمُ) عَلَى طِرِيْقِ فَرْضِ الْكِفَايَةِ (فِي الْمَيِّتِ) الْمُسْلِمِ غَيْرِ الْمُحْرِمِ وَالشَّهِيْدِ (أَرْبَعَةُ أَشْيَاءَ غُسْلُهُ وَتَكْفِيْنُهُ وَالصَّلاَةُ عَلَيْهِ وَدَفْنُهُ ) (قَوْلُهُ غُسْلُهُ) أَيْ أَوْ بَدُلُهُ وَهُوَ التَّيَمُّمُ كَمَا لَوْ حُرِقَ بِالنَّارِ وَكَانَ لَوْ غُسِلَ تَهَرَّى

Dan wajib menurut jalan fardlu kifayah pada mayat yang muslim selain orang yang mati dalam keadaan ihram dan mati syahid (dalam pertempuran membela agama) empat perkara, yaitu: memandikannya, mengkafaninya, melakukan solat atasnya dan mengkuburkannya. Ucapan pengarang: memandikannya, ertinya atau penggantinya, iaitu tayammum, sebagaimana andaikata mayat yang terbakar oleh api dan andaikata dimandikan maka dagingnya terlepas dari tubuhnya.



ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Bagaimana pengurusan jenazah yang meninggal dunia dalam kebakaran atau seumpamanya ustaz.?"

Post a Comment

loading...
'));