hukumnya orang Islam samaada lelaki atau perempuan memakai gigi emas (sarung gigi emas) | Islam Itu Indah
loading...

hukumnya orang Islam samaada lelaki atau perempuan memakai gigi emas (sarung gigi emas)



iklan responsive


Bagi wanita, harus memakai gigi emas (sarung gigi emas) jika menjadi adat (kebiasaan) setempat wanita-wanitanya berhias dengan memakai gigi emas. Adapun bagi kaum lelaki tidak di benarkan sama sekali memakai gigi emas (sarung gigi) –begitu juga perhiasan-perhiasan yang lain dari emas- kecuali jika ada keperluan dan desakan sahaja. Ini kerana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam- bersabda; “Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan untuk kaum lelaki” (Hadis Riwayat  an-Nasai dari Abi Musa radhiyallahu ‘anhu-).

Diriwayatkan dari ‘Arfajah bin As’ad radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

أُصيبَ أنفي يومَ الكُلابِ في الجاهليَّةِ فاتخذتُ أنفاً من ورقٍ فأنْتنَ عليَّ فأمرني رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم أنْ أتخذَ أنفاً من ذهبٍ

“Semasa peperangan al-Kulab (yang berlaku pada zaman Jahiliyah), hidungku telah rosak. Lalu aku membuat hidung dari perak. Namun hidung itu membusuk, maka Rasulullah menyuruhku agar membuat hidung dari emas” (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan gharub).

Berdalilkan hadis ini, harus orang lelaki memakai emas jika ada keperluan dan desakan iaitu untuk membaiki kecacatan di badan sekiranya tidak ada logam lain yang dapat mengambil tempat emas itu. Dalam zaman sekarang mungkin getah atau plastik lebih sesuai. Wallahu a'lam

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "hukumnya orang Islam samaada lelaki atau perempuan memakai gigi emas (sarung gigi emas)"

Post a Comment

loading...
'));