Info : Inilah 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Serta Maksudnya . Jangan Pandang Ringan. | Islam Itu Indah
loading...

Info : Inilah 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Serta Maksudnya . Jangan Pandang Ringan.



iklan responsive


Dikatakan oleh ramai bahawa mimpi adalah mainan tidur semata-mata dan ada juga sesetengahnya percaya bahawa mimpi ada maksud yang tersirat yang berkaitan dengan perkara yang bakal atau akan berlaku.

Sebenarnya, ramai yang menjadikan mimpi itu sebagai teori ramalan untuk ditafsir supaya mengetahui perkara yang bakal menimpa orang yang bermimpi itu.

Berbalik kepada “mimpi bersetubuh”, perkara ini seperti semua orang pernah mengalaminya. Lebih-lebih lagi kepada remaja yang bakal melangkah ke alam dewasa.

Ada bermacam-macam jenis mimpi bersetubuh, contohnya bersetubuh dengan rakan sendiri, adik-beradik, saudara mara, kena rogol dan macam-macam lagi.

Menurut Dr.Susan Block iaitu seorang pakar yang pernah mengeluarkan teori bahawa ”walaupun seluruh badan kita rehat ketika tidur, tidak bermakna nafsu anda juga berehat.” Mimpi adalah alam dimana kita berada di dalamnya dengan keadaan separuh sedar untuk mengeluarkan apa yang sedang membelenggu hidup kita.

Tidak semua mimpi bersetubuh adalah satu pertanda retaknya sebuah hubungan, namun ia lebih menjurus kepada masalah keinginan dan harapan dalam kehidupan.

Berikut adalah antara contoh 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Dan Terjemahannya:

Mimpi bersetubuh dengan bekas suami, kekasih atau isteri

Bermimpi dengan bekas orang yang pernah kita sayang sebenarnya bukan bermakna kita masih mempunyai peluang dalam perbaiki hubungan dengan orang tersebut.Bagi yang telah berkahwin semula dan bermimpi dengan bekas kekasih itu maksudnya anda takut hubungan rumah tangga baru anda mengalami nasib sama dengan yang sebelumnya.Mimpi ini juga boleh di tafsirkan “ada sesuatu perasaan yang belum sempat anda luahkan kepada bekas isteri suami atau kekasih anda,seperti permintaan maaf yang ikhlas”.

Mimpi bersetubuh dengan kenalan

Mimpi bersetubuh dengan kenalan baru bukan bermaksud bahawa dia adalah jodoh anda, mungkin saja anda terlalu kagum dengan ciri ciri yang ada pada kenalan baru tersebut.”Sifat kagum yang ditonjolkan dalam mimpi tersebut mungkin kerana anda ingin memiliki ciri ciri tersebut,sama ada untuk diri anda sendiri atau kepada pasangan anda.”
Mimpi bersetubuh dengan saudara kandung/adik beradik

Mimpi ini boleh dikategorikan sebagai “mimpi buruk” dan sangat menjijikkan. Mimpi seperti ini jarang di alami oleh individu namun ianya tetap akan berlaku kepada semua orang.Mimpi jenis ini selalunya khusus bagi orang yang merajuk. Maksud mimpi ini menunjukkan bahawa “saudara kandung anda sedang merindui anda dan mahu anda dekat dengannya seterusnya mahu anda meminta maaf padanya atas kesalahan yang anda buat.”

Mimpi bersetubuh dengan lawan sejenis

Mimpi dengan lawan sejenis atau dikenali sebagai ”homoseksual atau lesbian” selalunya berkait rapat dengan keyakinan diri anda.Mimpi seperti ini bergantung dengan bagaimana mimpi itu berlaku. Dan selalunya mimpi hubungan sejenis ini berkaitan dengan penerimaan bahagian tubuh anda yang anda berasa kurang berpuas hati. Biasanya berkait rapat dengan saiz zakar atau payudara anda.Namun bermimpi hubungan sejenis dengan sahabat karib boleh di tafsirkan “adanya perselisihan faham antara kamu berdua” dan boleh juga ditafsirkan “adanya sesuatu yang anda miliki terdapat pada rakan anda”.Mimpi seperti ini bukan bermaksud anda seorang gay atau lesbian.

Mimpi bersetubuh dengan artis

Walaupun anda meminati artis tersebut sehingga terlintas fikiran kotor untuk bersetubuh dengan beliau. Namun mimpi bersetubuh dengan artis sebenarnya lebih dari itu.Maksudnya, ianya lebih kepada keinginan untuk menjadi popular, kaya dan sama seperti seorang artis itu. Jika anda mengalami mimpi seperti ini jangan berangan nak jadi kekasih bersama artis itu yang kononnya memiliki pertanda jodoh kuat dari mimpi.

Mimpi bersetubuh dengan bos

Bermimpi seerti ini tidak bermaksud anda meminati bos itu, atau benar benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau. atau dari perasaan anda yang ragu ragu sebelum ini.Namun ianya lebih cenderung kepada rasa ingin tahu tentang keperibadian bos dan mahu rapat dengannya. Bermimpi seperti ini kadang kala memaksudkan dengan situasi di tempat kerja, dimana anda merasakan tidak setuju dengan idea bos tapi dipendam karena takut.Selain itu, antara faktor yang membolehkan anda bermimpi bersetubuh dengan bos anda adalah kerana anda merasa diri anda jauh ketinggalan dengan idea yang dimiliki seterusnya ingin rapat dengan bos anda supaya anda mampu seirng dengannya.

Mimpi bersetubuh di tempat awam

Mimpi seperti ini biasanya akan muncul apabila ada ahli keluarga, rakan atau tempat sekerja membuat fitnah atau memberikan pandangan atau komen pedas dan mendedahkan keburukan anda kepada umum.
Mimpi kena rogol
Mimpi kena rogol atau dicabul sebenarnya tidak memberi masalah yang besar yang mungkin anda menyangka boleh memudaratkan seperti yang di dakwa sesetengah pihak. Namun sebenarnya ia tidak. Mimpi ini sebenarnya berlaku apabila anda berasa kehidupan atau keyakinan diri anda terancam. Akan tetapi jika anda pernah dirogol sebelum ini dan bermimpi kejadian itu semula,itu memberi makna yang jauh berbeza, sebaik-baiknya anda harus meminta nasihat pakar berhubung mimpi dirogol.

Mimpi berlaku curang terhadap pasangan anda

Jika mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada hubungan seks, boleh disebabkan oleh faktor anda terpaksa berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah diri anda. Anda juga menemui situasi di mana anda terpaksa menipu dan tidak berlaku jujur terhadap pasangan anda. Cuba meneroka jenis seks yang anda sukai.

Mimpi bahawa pasangan anda curang dengan anda

Bermimpi melihat pasangan anda curang atau bermain kayu tiga sehingga melakukan hubungan seks sebenarnya lebih “Straight Forward” berbanding dengan mimpi curang dengan pasangan. Mimpi ini akan berlaku apabila anda memiliki perasaan takut ditinggal pasangan, atau apabila pasangan anda kurang memberikan perhatian pada anda. Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda terlalu risau sama ada pasangan anda boleh diharapkan untuk memikul tanggungjawab di masa hadapan.

Bermimpi bersetubuh dengan kekasih sahabat anda

Jenis mimpi seperti ini kemungkinan berlaku sekiranya anda mengagumi ciri-ciri yang dimiliki oleh kekasih rakan anda tapi janganlah risau kerana anda cuma mengagumi dan ingin sekali kekasih anda memiliki ciri ciri yang sama. Mimpi ini boleh ditafsirkan bahawa anda ingin sangat memiliki pasangan seperti kekasih rakan anda.
Ini adalah contoh-contoh tafsiran mimpi bersetubuh dan tidak bermaksud anda harus mempercayainya 100%. Ianya hanya sekadar tafsiran bagi orang yang telah mengalaminya dan tidak semestinya sama situasi dengan anda.

Sumber: Kakitrending.com

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Info : Inilah 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Serta Maksudnya . Jangan Pandang Ringan."

Post a Comment

loading...
'));