Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika bersama isteri (berjimak). Jika membaca doa tersebut apa kebaikan yang akan kita perolehi | Islam Itu Indah
loading...

Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika bersama isteri (berjimak). Jika membaca doa tersebut apa kebaikan yang akan kita perolehi



iklan responsive


Nabi SAW mengajarkan kita membaca doa perlindungan daripada gangguan syaitan.

Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”

Jika kita membaca doa ini syaitan akan menjauhkan dirinya dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT mendapat zuriat maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya.

Dari Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), " Sekiranya salah seorang di antara kamu bermaksud mendatangi (mencampuri) isterinya, maka hendaklah dia mengatakan,'Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami, 'Sebab, kalau Allah menakdirkan lahirnya seorang anak dari hubungan itu, maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi jika seseorang itu berjimak sedangkan dia tidak membaca doa, syaitan akan bersama-sama melakukan perseggamaan bersamanya.

Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang mencampuri (berjimak) isterinya tanpa menyebut nama Allah, maka jin akan bergabung dengannya dan melakukan persenggaman bersamanya." (Di riwayatkan oleh Ibn Jarir Ath-Thabariy dalam Tafsirnya, dan oleh Al-Hakim dan At-Tirmidzi dalam Nawadir Al-Ushul)

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika bersama isteri (berjimak). Jika membaca doa tersebut apa kebaikan yang akan kita perolehi"

Post a Comment

loading...
'));