iklan responsive
Sembahyang Orang Sakit
Orang yang sakit tidak terlepas daripada tuntutan wajib sembahyang fardhu. Dia tetap dituntut mengerjakannya dengan apa jua yang terdaya olehnya tanpa meninggalkan sebarang rukun fi‘li sembahyang kecuali dalam keuzuran. Mengenai gambaran keuzuran itu akan dijelaskan berikut ini.
“Aduh, dah masuk lapan bulan kandungan rasa tak larat nak berdiri lama-lama. Kaki pun dah bengkak-bengkak. Bolehkah solat duduk saja? Bagaimana cara solat duduk ya?”
Banyak sebab yang membolehkan seseorang itu terpaksa meninggalkan salah satu rukun solat, iaitu berdiri tegak. Antaranya ialah kemalangan, sakit tenat, keuzuran, semasa dalam kenderaan, atau wanita hamil yang tidak mampu berdiri buat masa yang lama.
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
Sakit kaki atau lutut antara sebab yang membolehkan solat duduk
KERINGANAN UNTUK SOLAT DUDUK DAN BERBARING
Dalam semua keadaan ini, kita sebagai Muslim masih lagi diwajibkan untuk menunaikan solat. Namun, ia diberi keringanan untuk disempurnakan mengikut keupayaan kita pada ketika itu.
Menurut laman web JAKIM, orang yang uzur boleh solat secara duduk. Seperti dalam hadis berikut:
Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya: Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk.
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
CARA SOLAT DUDUK BAGI PESAKIT DAN IBU HAMIL
1. PERLU MEMENUHI SEMUA RUKUN & SYARAT SAH SOLAT
Walaupun solat duduk atau berbaring, solat yang dilakukan perlu memenuhi semua rukun dan syarat sah seperti dalam solat biasa, kecuali bagi yang tidak mampu dilakukan.
Contohnya, perlu menghadap kiblat, suci daripada hadas, dan menutup aurat sepenuhnya.
2. HANYA DIPRAKTIKKAN SEMASA MENGHADAPI KESULITAN
Menurut JAKIM, pesakit boleh memilih untuk mengikut mana-mana pandangan mazhab fiqh yang sah dan tersohor, termasuklah pandangan yang lebihmemudahkannya.
Namun, perlulah dipraktikkan hanya semasa menghadapi kesulitan.
Contohnya, pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat dan mampu solat berdiri hendaklah solat berdiri dan tidak boleh solat duduk menurut mazhab Syafi’e.
Namun menurut mazhab Hanafi pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat gugur daripadanya kewajipan berdiri dan boleh melakukan solat dalam keadaan duduk.
3. MULAKAN SOLAT DALAM KEADAAN BERDIRI (JIKA MAMPU)
Pesakit yang mampu berdiri untuk solat fardhu (solat wajib) hendaklah memulakan solat dalam keadaan berdiri.
Contohnya, mungkin ada yang sakit lutut dan tidak boleh melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Tetapi, orang ini masih boleh berdiri dengan sempurna. Maka, perlu menggunakan kerusi dan mulakan solat dalam keadaan berdiri.
Jika langsung tidak mampu berdiri untuk solat, baru boleh duduk. Justeru itu, kita tidak boleh memulakan solat dalam keadaan duduk bagi yang mampu berdiri.
4. TIDAK BOLEH BERTERUSAN SOLAT DUDUK (JIKA MAMPU)
Jika kita mula solat dalam keadaan duduk, tetapi berasa mampu setelah itu (ketika masih di dalam solat), hendaklah kembali solat berdiri dan tidak boleh berterusan solat duduk.
Pesakit yang solat duduk dan mampu berdiri untuk ruku’ seperti biasa hendaklah berdiri (untuk iktidal) sebelum ruku’.
5. HENDAKLAH SUJUD DI LANTAI (JIKA MAMPU)
Pesakit yang solat duduk sama ada di atas kerusi atau lantai perlu sujud di lantai sekiranya mampu.
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
6. SEKIRANYA TIDAK MAMPU SOLAT DUDUK, MENGIRING ATAU BERBARING
Pesakit yang tidak mampu solat berdiri boleh solat duduk. Jika tidak mampu solat duduk boleh solat mengiring. Jika tidak mampu solat mengiring boleh solat menelentang.
Rukun pergerakan solat yang tidak mampu dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat badan seperti menundukkan badan untuk ruku’ dan sujud.
Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat badan boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat kepala boleh dilakukan dengan isyarat mata. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat mata boleh dilakukan solat di dalam hati.
7. HANYA SOLAT SUNAT BOLEH DILAKUKAN SECARA DUDUK BAGI YANG MAMPU BERDIRI
Solat sunat boleh dilakukan secara duduk walaupun bagi yang mampu berdiri, namun pahalanya hanya separuh daripada pahala solat berdiri.
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
RINGKASAN CARA SOLAT DUDUK DAN BARING UNTUK PESAKIT
Berikut adalah 4 keadaan solat yang biasa dilakukan oleh pesakit yang tidak mampu berdiri:
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
Peringatan:
Bagi yang mampu solat fardhu berdiri tetapi tidak melakukannya bahkan melakukannya dalam keadaan duduk umpamanya solatnya tidak sah menurut mazhab Syafi’e kerana berdiri adalah salah satu rukun solat bagi yang mampu.
Namun menurut mazhab Hanafi, orang yang tidak mampu melakukan sujud seperti biasa gugur daripadanya kewajipan berdiri. Maka, cara solat duduk boleh dipraktikkan olehnya.
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
CARA SOLAT DUDUK SEMASA DALAM PERJALANAN
Perlaksanaan cara solat duduk bagi pesakit ini juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi musafir, iaitu mereka yang berada dalam kapal terbang, kereta api, atau bas. Tetapi, solat ini digelar solat menghormati waktu.
Ia adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini perlu di qada’ semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali.
Kita juga boleh mengqada’ solat solat hormat waktu ini secara jama’ ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Perhatian!! Perlukah Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit
Jika mampu mencari air dan tempat solat, bolehlah solat seperti biasa. Jika tidak, cukup sekadar solat duduk di atas kerusi penumpang. / Foto Kredit: cambodiamuslimholiday.com
TUNAIKANLAH SOLAT SEMAMPUNYA
Hikmah diberikan keringanan dengan cara solat duduk dan berbaring adalah sebagai bukti bahawa Islam adalah agama yang mudah.
Maka, kita diberi pilihan untuk melakukan sesuatu sesuai dengan keupayaan kita.
Selain itu, rukhsah dalam solat juga menunjukkan betapa kasih sayang Allah pada hambaNya.
Oleh itu, buktikanlah juga kecintaan kita terhadap Allah dengan tetap menunaikan solat walaupun dengan cara solat duduk atau berbaring sekalipun!
*Sumber asal daripada Panduan Bersuci Dan Bersolat Bagi Pesakit, Terbitan JAKIM
Kredit: siraplimau.com
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "Perhatian!! Wajib Solat Ketika Sakit? Berikut Adalah Panduan Solat Ketika Sakit."
Post a Comment