iklan responsive
Persoalan yang timbul di kalangan masyarakat, siapakah yang bertanggungjawab mencemarkan agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan menyesatkan, mengkafirkan dan memurtadkan sesama Islam sehingga berlaku kerosakan dan penganiayaan. Baginda saw telah memberikan gambaran yang paling tepat mengenai segelintir ulama Islam di zaman ini yang dianggap wujud nya adalah seperti kera dan khinzir. Mengapa perumpamaan yang keras seperti ini disabdakan oleh Rasulullah saw?
“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).
Berdasarkan hadis di atas, terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka. Salah satu fatwa yang menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw ialah berkenaan fatwa mengkafirkan sekumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang perkara tersebut.
Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat,murtad dan kafir padahal golongan yang dikatakan itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras tersebut. Ini adalah kerana Rasululah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (28:77).
Berdasarkan hadis ini juga memperlihatkan bahawa Allah swt yang akan memberi petunjuk dan membongkar pembohongan dan fitnah golongan tersebut sehingga masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah tersebut akan berbalik kepada golongan ulama tersebut kerana mereka akan melihat sendiri dan sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa tersebut dan ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam kerana turut mempercayai fitnah-fitnah tersebut tanpa melakukan penyelidikan dan siasatan. Sabda suci ini juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan atau memurtadkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt. Berhati-hatilah kesilapan dan kelalaian ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah.
Allah swt amat mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang akan terjadi di dalam umat Islam maka Dia memberi petunjuk yang terbaik untuk menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut.
Allah swt berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu “Engkau bukan mukmin”, Kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah banyak kekayaan”. (4:94)
Apa yang perlu diberi perhatian ialah berdasarkan ayat Al Quran tersebut, hanya perkataan salam menyebabkan Allah swt telah memerintahkan jihad itu harus diberhentikan. Jika perkataan salam sahaja sudah memadai, apalagi jika sesuatu perkumpulan tersebut mengakui diri mereka sebagai Islam dan terpampang Kalimah Syahadah di masjid mereka.
Berdoalah kepada Allah swt Yang Maha Hidup dan Maha Pemberi Petunjuk untuk memberi pedoman agar kita tidak termasuk dalam golongan yang menganiaya.
(Di nukil dari http://www.pertama.org.my)
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "Golongan yang di sebut kera dan babi oleh Rasulullah SAW."
Post a Comment