Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat — Sampaikanlah Dariku Walaupun Satu Ayat | Islam Itu Indah
loading...

Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat — Sampaikanlah Dariku Walaupun Satu Ayat



iklan responsive


Soalan:

Asalamualaikum Ustaz. Bolehkah kita menunaikan solat sunat semasa khutbah Jumaat sedang di sampaikan? Mohon pencerahan hukum masalah ini.

Jawapan:

Terdapat 2 situasi berkaitan melakukan solat sunat ketika imam sedang khutbah iaitu;

Seseorang yang masuk ke masjid, sedangkan imam sedang khutbah. Disebutkan di dalam Matan Abi Syuja’:
ومن دخل المسجد والإمام يخطب صلى ركعتين خفيفتين ثم يجلس-متن أبي شجاع

“Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid padahal imam sedang berkhutbah, maka hendaklah dia solat dua rakaat yang ringkas kemudian barulah dia duduk.”

Menurut Syeikh al-Ramli, yang dimaksudkan dengan “solat yang ringkas” itu adalah meninggalkan perbuatan memanjangkan solat mengikut uruf. Manakala menurut Syeikh Ibn Hajar dan al-Khatib al-Syirbini pula, yang dimaksudkan dengan “solat yang ringkas” itu adalah dengan meringkaskan solat tersebut sekadar memenuhi kewajipan sahaja iaitu sekadar melaksanakan perkara yang wajib (rukun) sahaja (al-Manhal al-Naddhokh).

Justeru, menurut Mazhab Syafi’i dan Hanbali, sunat melaksanakan solat tahiyyatul masjid bagi seseorang yang memasuki masjid padahal imam sedang berkhutbah. Manakala, menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, makruh melaksanakan solat tahiyyatul masjid bagi seseorang yang memasuki masjid padahal imam sedang berkhutbah (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu).

Seseorang yang telah sedia hadir dalam masjid sebelum imam menyampaikan khutbah Jumaat. Maka menurut pendapat yang muktamad, haram baginya menunaikan solat ketika imam sedang berkhutbah sama ada solat fardhu mahupun solat sunat (al-Baijuri).
اليسع
Wallahu a’lam

Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat — Sampaikanlah Dariku Walaupun Satu Ayat"

Post a Comment

loading...
'));