hukum suami yang tak mahu bekerja kata dia ada hak guna gaji isteri yang kerja, atas alasan dia bagi kebenaran isteri kerja. Semua isteri tanggung termasuk hutang suami | Islam Itu Indah
loading...

hukum suami yang tak mahu bekerja kata dia ada hak guna gaji isteri yang kerja, atas alasan dia bagi kebenaran isteri kerja. Semua isteri tanggung termasuk hutang suami



iklan responsive


Islam meletakkan kewajipan menanggung nafkah isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami. Suami yang sihat tak mahu bekerja dan memakan hasil titik peluh isteri berdosa besar dan akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik).

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulama telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92). Nafkah diwajibkan melalui al-Quran dalam surah al-Talaq (65) ayat 7 yang bermaksud: "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya, Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan yang diberikan Allah kepadanya..."

Dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman yang maksudnya "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma'ruf..."

Sekiranya suami banyak harta dan kedekut untuk diberikan nafkah pada isteri dan anak-anaknya maka isteri di haruskan mengambil harta suami tanpa pengetahunnya dan tidak dikira sebagai mengambil hak orang lain. Dalam sebuah hadis tentang Hindun; yang mana dia telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak membiayai nafkah saya dan anak saya dengan mencukupi". Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Ambillah hartanya sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan sepatutnya"

Hadis di atas menunjukkan bahawa kewajipan membiayai nafkah isteri adalah mutlak dan ia dinilaikan dengan kecukupannya. Oleh yang demikian, isteri boleh mengambil sendiri nafkahnya tanpa diketahui suaminya jika suami tidak memberi ataupun ia tidak mencukupi. Ayat-ayat al-Quran dan hadis menunjukkan kewajipan memberi nafkah kepada isteri oleh suami.

Jika suami berterusan tak mahu bekerja isteri boleh mengadu di pejabat agama supaya minta jasa baik pegawai agama untuk menasihatkan suami tersebut supaya mencari nafkah untuk isteri dan anak-anaknya. Jika suami berterusan bergantung daripada hasil usaha isterinya, maka si isteri boleh mohon fasakh kerana salah satu sebab di haruskan mohon membubarkan perkahwinan adalah kerana suami sudah tak berfungsi sebagai suami (tak mahu memberi nafkah).

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "hukum suami yang tak mahu bekerja kata dia ada hak guna gaji isteri yang kerja, atas alasan dia bagi kebenaran isteri kerja. Semua isteri tanggung termasuk hutang suami"

Post a Comment

loading...
'));