iklan responsive
Pertama, At-Tazallum , iaitu kerana di zalimi atau untuk mencari keadilan.)
Yaitu, mengkhabarkan akan kejahatan orang yang zalim akan dikau kepada Qadi, supaya menghukumkan ia akan dia.
Atau, mengkhabarkan akan kejahatan Qadi yang zalim kepada Sultan, supaya menghukumkan ia akan dia. Maka, yang demikian itu harus (boleh).
( Iaitu, mengatakan kepada Qadi bahawa Si Fulan bin Si Fulan menzalimi diri saya. Atau, mengatakan kepada Sultan bahawa ada seorang Qadi telah menzalimi diri saya. – Pent.)
Kedua ,mencari pertolongan iaitu kerana mencari pertolongan kerana mahu menolak kemungkaran, dan mahu menolak perkara-perkara maksiat supaya perkara itu jadi lebih baik.
Ertinya, harus (boleh) mengkhabarkan akan kejahatan orang kepada orang besar atau raja kerana sebab meminta tolong akan dia atas menolakkan kejahatan orang itu.
Ketiga, Al-Istifta’ , iaitu meminta fatwa daripada Mufti.
Yakni, harus (boleh) mengkhabarkan kejahatan orang kepada Mufti kerana menuntut fatwa kepadanya, seperti berkata seorang kepada Mufti,
“Bapa ku atau saudara ku, ia menzalimi akan daku dengan berbuat kejahatan akan daku. Apa hukumannya, dan betapa (apakah) jalan yang melepaskan akan yang demikian itu?”
Seperti apa yang diriwayatkan daripada perempuan yang bernama Hindun. Maka, mengadu ia akan hal suaminya, Aba Sufyan kepada Nabi saw dengan katanya;
Ertinya, “Bahawasanya Aba Sufyan laki-laki kikir (kedekut). Padahal ia tiada memberi akan daku dan akan anak ku makanan dan pakaian yang memadai akan daku.
Dan, adakah harus (boleh) aku mengambil akan makanan atau pakaian itu dengan tiada ia mengetahui akan yang demikian itu?
Maka, Sabda Nabi saw,
“Ambil olehmu akan makanan dan pakaian itu yang memadai akan dikau dan akan anakmu dengan yang Ma’ruf (Kebaikan), dan jikalau tiada ia mengetahui akan yang demikian itu sekalipun.”
Keempat , ingatkan kejahatannya iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan.
Ertinya, harus mengkhabarkan kejahatan orang kerana menakuti akan orang Muslim daripada kejahatan orang itu.
1. Apabila engkau lihat akan seseorang baharu menuntut ilmu itu. Padahal, ia berulang pergi pada orang yang bid’ah. Yakni orang yang tiada baik iktiqadnya atau orang yang tiada baik agamanya.
Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang itu supaya jangan ia mengaji kepadanya atau supaya jangan ia bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan orang demikian itu membawa kepada membinasakan akan agama.
2. Dan demikian lagi) Jika engkau lihat akan seseorang yang berulang-ulang pergi datang mengaji kepada orang yang fasiq atau Ulama yang jahat. Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang yang fasiq dan kejahatan ‘ulama yang jahat supaya menjauhi orang itu daripada berguru kepada orang yang demikian itu.
Tetapi, (hendaklah) engkau qasadkan yang demikian itu kerana Allah Taala dan jangan engkau qasad kerana dengki akan dia.
4. Dan demikian lagi) Jikalau bertanya seseorang akan dikau akan hal orang yang dijadikannya akan saksi itu, jikalau engkau ketahui akan orang itu jahat. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan orang itu.
5. Dan demikian lagi) Jika orang yang berkehendak beristeri. Maka bertanya ia akan dikau akan perempuan yang hendak diperbuatnya isteri itu. Padahal, ia jahat perbuatannya. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan perempuan itu.
6. Dan demikian lagi) Jika seseorang berkehendak mempersuamikan akan anaknya perempuan, dengan seorang laki-laki yang jahat. Maka harus engkau khabar kepada bapa perempuan itu akan kejahatan laki-laki itu dan barang sebagainya.
Seperti Sabda Nabi SAW maksudnya ,“Sebutkan oleh kamu akan orang yang Fajir, yakni orang yang fasiq itu akan kejahatan yang ada di dalamnya itu supaya menjauhi akan dia itu oleh manusia.”
Kelima. Menyebut aib. Harus menyebutkan akan aib orang yang tiada diketahui akan dia, melainkan dengan disebutkan akan aibnya itu seperti Si Fulan yang Buta. Atau, si fulan yang tempang. Atau, barang sebagainya.
Keenam : Harus menyebut kejahatan. Harus menyebutkan akan kejahatan orang yang telah masyhur akan fasiqnya itu, seperti orang yang masyhur dengan berzina. Atau, yang masyhur dengan berliwat. Atau, orang yang masyhur dengan meminum arak. Atau, barang sebagainya.
Dan, kata Hasan Al-Basriyy Rahimahullahu Taala,
“Ertinya, tiga orang tiada haram atas orang yang mengumpat bagi mereka itu.
1. Orang yang bidaah.
2. Orang yang Fasiq yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata oleh orang akan kejahatannya itu, nescaya tiada ia benci akan yang demikian itu.
3. Raja-raja / pemimpin yang zalim. Maka tiada haram atas seseorang menyebutkan akan pekerjaannya yang zalim itu.”
(Di petik daripada Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah oleh Al-’Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani, Juzu’ 3, m/s 87-89, baris 12 dari atas.)
Selain daripada 6 perkara di atas kita dilarang mendedahkan aib seseorang yang akan menjatuhkan maruahnya. Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Maka, janganlah mengumpat dan memperkatakan keburukan orang lain yang tidak izinkan syarak. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan orang lain biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Ia di samakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Lihatlah betapa besarnya dosa orang yang mengumpat. Ringan di mulut, berat timbangan dosa di akhirat. Yakni ringan sahaja untuk kita mengumpat, tetapi dosa itu teramat berat dan besar di sisi Allah SWT. Perkara ini terlalu biasa bagi masyarakat kita sehingga tidak sedar akan dosa-dosa dari perbuatan mengumpat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Nabi SAW bersabda maksudnya : " Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "hukum membuka aib seseorang yang dibenarkan agama terdapat 6 keadaan.."
Post a Comment