DOA AGAR ANAK TERPELIHARA DARIPADA PERBUATAN ZINA..IBU BAPA SILA AMALKAN..IN SHA ALLAH | Islam Itu Indah
loading...

DOA AGAR ANAK TERPELIHARA DARIPADA PERBUATAN ZINA..IBU BAPA SILA AMALKAN..IN SHA ALLAH



iklan responsive

Doa agar dapat menghilangkan nafsu anak-anak untuk berzina ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membersihkan hati anak-anak daripada terjerumus ke perbuatan zina atau seks bebas. Keinginan seks boleh jadi sesuatu yang sukar untuk dikawal, oleh itu, doa untuk menghapuskan niat untuk berzina ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara-cara yang dijelaskan seperti berikut:



Doa Untuk Anak-Anak Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina.

Doa agar dapat menghilangkan nafsu anak-anak untuk berzina ini boleh digunakan oleh ibu bapa bagi memohon kepada Allah s.w.t dengan penuh kerendahan hati dan keyakinan kepadaNya agar memelihara segala tingkah laku anak-anak kita untuk dijauhi daripada melakukan perbuatan zina. Yakinlah dengan kekuasaan Allah s.w.t yang menjadikan semua makhluk di muka bumi ini dengan kehendakNya…

Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak:



اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.

Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan). Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah kepada Yang Maha Pencipta kita Allah s.w.t.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua…sila kongsikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan-kenalan agar kita semua memperoleh kebaikan berlipat kali ganda…
In Shaa Allah. Dengan izin dan ehsan dari Allah s.w.t..

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "DOA AGAR ANAK TERPELIHARA DARIPADA PERBUATAN ZINA..IBU BAPA SILA AMALKAN..IN SHA ALLAH"

Post a Comment

loading...
'));