Bolehkah kita memasak,makan atau minum waktu kita masih dlm keadaan belum mandi junub? | Islam Itu Indah
loading...

Bolehkah kita memasak,makan atau minum waktu kita masih dlm keadaan belum mandi junub?



iklan responsive


Ulama mengatakan makruh wanita memasak makanan dalam keadaan junub sebelum dia berwuduk. Jika dia berwuduk diharuskan . Orang yang dalam keadaan junub, sebelum suci tidak dibolehkan solat, tawaf, berdiam di dalam masjid, atau menyentuh mushaf.

Selain itu boleh untuk dilakukan. Diantara dalilnya adalah hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau pernah dalam kedaan junub berjalan dengan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam di suatu jalan. Kemudian Abu Hurairah langsung menyelinap pergi dan mandi. Selesai mandi, Abu Hurairah menemui Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan ditanya, mengapa tadi ketemu malah menghilang. Beliau menjawab, “Tadi saya junub, dan saya malu duduk bersama tuan, sementara saya tidak suci.” Lalu Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

سبحان الله ، إن المسلم لا ينجس

“Subhaanallah, sesungguhnya seorang muslim tidak najis.” (Hadis Riwayat Bukhari 279 dan Muslim 371).

Ketika menjelaskan hadis ini, al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan,

وفيه جواز تأخير الاغتسال عن أول وقت وجوبه ، … وعلى جواز تصرف الجنب في حوائجه

“Hadis ini dalil bolehnya mengakhirkan mandi junub dari awal waktunya,.. dan bolehnya orang yang junub melakukan aktivitas untuk memenuhi keperluannya.” (Fathul Bari, 1:391).

Disyariatkan Wuduk :

Bagi orang yang menunda mandi dan ingin melakukan pekerjaan ketika junub, dianjurkan untuk berwuduk terlebih dahulu. Wuduk ini hukumnya tidak wajib, dan tidak boleh menghilangkan hadas besar, namun sifatnya sebatas meringankan hadas tersebut.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawa beliau mengatakan,

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا كان جنبا فأراد أن يأكل أو ينام توضأ وضوءه للصلاة

Maksudnya, “Apabila Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam berada dalam kedaan junub, kemudian baginda ingin makan atau tidur, baginda berwuduk sebagaimana wuduk ketika hendak solat.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 305)

Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Umar bin Khatab pernah bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, bolehkah seseorang tidur dalam keadaan junub? Baginda menjawab,

نعم ، إذا توضأ أحدكم فليرقد وهو جنب

“Ya boleh, apabila kalian telah berwuduk, silahkan tidur dalam keadaan junub.” (Hadis Riwayat Bukhari 283 dan Muslim 306).

Berdasarkan hadis ini, sebagian ulama menegaskan bahawa makruh hukumnya seseorang tidur dalam keadaan junub sementara dia belum wuduk. (simak Majmu’ Fatawa, 21:343)



ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Bolehkah kita memasak,makan atau minum waktu kita masih dlm keadaan belum mandi junub?"

Post a Comment

loading...
'));