Adakah orang yang kedatangan haid tak boleh duduk dlm masjid. cumna dengan surau atau bilik solat? | Islam Itu Indah
loading...

Adakah orang yang kedatangan haid tak boleh duduk dlm masjid. cumna dengan surau atau bilik solat?



iklan responsive


Jawapan :

Menurut Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang di haruskan wanita haid / nifas memasuki surau atau bilik solat yang tak di dirikan solat Jumaat di dalamnya. FATWA NEGERI PULAU PINANG

Soalan:

i) Apakah yang dimaksudkan dan ditak'rifkan dengan surau dari segi hukum syarak?

ii) Adakah sama dengan taraf masjid dari segi disunatkan sembahyang tahiyyatul-masjid (تحية المسجد) ketika memasukinya, disunatkan i'tiqaf di dalamnya dan di larang wanita yang sedang dalam keadaan haid berada di dalamnya ?

Jawapan:

i) Surau adalah tempat melakukan 'ibadat sembahyang yang tidak didirikan sembahyang Jumaat di dalamnya.

ii) Tidak ada sembahyang sunat tahiyyatul-masjid di surau dan tidak ada i'tiqaf di dalamnya dan tidak dilarang wanita-wanita yang sedang di dalam keadaan haid berada di dalamnya. Nas dari kitab إعانة الطالبينI juzuk 2, m/s 259. وأعلم أن الجامع وهو ما تقام فيه الجمعة.

Bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa yang di namakan masjid itu, ialah tempat yang didirikan padanya sembahyang Jumaat.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Nov. 1986.



ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to " Adakah orang yang kedatangan haid tak boleh duduk dlm masjid. cumna dengan surau atau bilik solat?"

Post a Comment

loading...
'));