iklan responsive
Seolah telah menjadi satu kebiasaan masyarakat kita, bila ada jenazah di rumah maka kesemua cermin-cermin muka akan ditutup dengan kain. Pernah tak amalan pelik ini menjadi tanda tanya buat anda? Sebenarnya ramai yang tidak tahu jawapan sebenarnya tetapi tetap mengamalkannya.
Apa kaitan cermin muka dengan jenazah? Amalan pelik ini dikatakan telah wujud sejak zaman nenek moyang dan masih menjadi ikutan sehingga kini.
Mungkin ramai yang ingin tahu apa hukumnya dalam Islam bila ada yang menutup cermin muka ketika ada jenazah di dalam rumah. Di bawah ini adalah satu perkongsian berkaitan persoalan Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian dan juga hukumnya..
Assalamualaikum ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya ingin bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya. Terima kasih.
Ini jawapannya:
Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh si mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.
Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian & Apakah Hukumnya??"
Post a Comment