AWAS SEMUA! Tak Solat TAPI Hidup Kaya Raya. Solat Tapi Hidup Susah. Mengapa? Ini Penjelasannya.. | Islam Itu Indah
loading...

AWAS SEMUA! Tak Solat TAPI Hidup Kaya Raya. Solat Tapi Hidup Susah. Mengapa? Ini Penjelasannya..



iklan responsive


ALLAHUAKBAR! Tak Solat TAPI Hidup Kaya Raya. Solat Tapi Hidup Susah. Mengapa? Ini Penjelasannya..



Maksud Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Tak Solat hidup senang. Solat tapi hidup susah. Mengapa?

Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.

Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.

Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.

Bila dia ukur diri dia – dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.

Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.

Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah ” Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa.” Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer.

Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita – puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.



Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Sumber :

https://www.google.com.my/amp/s/peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/amp/

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "AWAS SEMUA! Tak Solat TAPI Hidup Kaya Raya. Solat Tapi Hidup Susah. Mengapa? Ini Penjelasannya.."

Post a Comment

loading...
'));