iklan responsive
Sebelum wanita tidur, eloklah melakukan adab-adab tidur dan jangan lupa selitkan amalan yang diajarkan Rasulullah untuk kaut ganjaran pahala dan kelebihan yang sangat besar jika buat.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
1.Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
3.Sebelum para Muslim meredhaimu.
4.Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Semoga bermanfaat!
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "Sebelum Wanita Tidur, Eloklah Melakukan 4 Perkara INI Dan Jangan Lupa Selitkan Amalan Yang Diajarkan Rasulullah Untuk Kaut Ganjaran Pahala Dan Kelebihan Yang Sangat Besar Jika Buat."
Post a Comment