SAHKAH SOLAT JIKA TAPAK TANGAN BERLAPIKKAN TELUKUNG YANG DIPAKAI KETIKA SOLAT? INI PEMJELASANNYA. | Islam Itu Indah
loading...

SAHKAH SOLAT JIKA TAPAK TANGAN BERLAPIKKAN TELUKUNG YANG DIPAKAI KETIKA SOLAT? INI PEMJELASANNYA.



iklan responsive


SAHKAH SOLAT JIKA TAPAK TANGAN BERLAPIKKAN TELUKUNG YANG DIPAKAI KETIKA SOLAT? INI PEMJELASANNYA.
Jawapan: Solat anda adalah sah.

Ini ialah kerana sekurang-kurang sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud berdasar hadis nabi saw bahawa baginda telah bersabda:

Maksudnya: Apabila kamu sujud, tetapkanlah dahi kamu dan jangan lakukannya terlalu laju. (riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya).

Hadis ini menjadi hujah kepada ulama mazhab Shafie bahawa sekurang-kurang sujud adalah meletakkan dahi di tempat sujud. Mengikut Syeikh Muhamad bin Ismail Daud al-Fathoni dalam kitabnya “dan sekurang-kurangnya (sujud itu) mengenai setengah dahinya akan tempat sujudnya dan wajib dibukakan dahinya jangan ada berlapik”.

Perkara yang sama disebut di dalam kitab al-Fiqh al-Muyassar. Disamping dahi, ulama khilaf tentang kewajiban anggota-anggota lain. Yang sahih dalam mazhab Shafie’ adalah wajib berdasar hadis riwayat Bukhori dan Muslim bahawa Rasulullah saw menyuruh sujud di atas tujuh anggota; iaitulah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kakinya.

Mengikut kitab al-Fiqh al-Muyassar; Yang diambil kira ialah meletakkan dua tapak tangan dan perut jari kedua-dua kaki walaupun sebahagian sahaja. Tidak mengapa dan tidak batal solat meletakkan dua tapak tangan ke atas kain telekung semasa sujud. Yang mesti dijaga ialah pastikan kain telekung tidak menghalang dahi dari mengenai tempat sujud.

Wallahu’alam.

( Rujukan: 1) Syeikh Muhamad Syarbini al-Khatib, Al-Iqna’. 2) Ahmad Isa ‘Asyur, al-Fiqh al-Muyassar. 3) Pelbagai. Disediakn oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin Setiausaha MUIS majlis ulama isma).

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "SAHKAH SOLAT JIKA TAPAK TANGAN BERLAPIKKAN TELUKUNG YANG DIPAKAI KETIKA SOLAT? INI PEMJELASANNYA."

Post a Comment

loading...
'));