iklan responsive
Orang-orang yang ditolak doanya adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut :
1. Orang yang menggunakan barang-barang haram
Orang-barang yang menggunakan keperluan hidupnya dari benda-benda yang haram seperti pakaiannya haram, memakan benda yang haram seperti pakaian dan makanan dengan wang yang haram doanya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w, " Ya Rasulullah s.a.w saya telah pun berdoa tetapi tidak diterima. Rasulullah s.a.w menjawab, Ya Saad tinggalkanlah makanan yang haram, maka sesungguhnya tiap perut yang telah dimasukkan makanan yang haram maka tidak diterima doanya selama empat puluh hari".
Abu Hurairah menceritakan, " Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan berdebu rambutnya, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa "Ya Tuhan Ya Tuhan". Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya". (diriwayatkan oleh Muslim)
2. Ingin Disegerakan Doanya
Seseorang yang memohon sesuatu hajat kepada Allah s.w.t tidak boleh meminta atau berharap doanya dikabulkan dengan segera, seolah-olah ia memaksa Allah s.w.t mengikut kehendaknya. Cara yang demikian akan menjadikan ia cepat putus asa apabila doanya atau permintaannya tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t, sedangkan orang yang putus asa terputus dari rahmat Allah s.w.t dan apabila tiada rahmat Allah s.w.t menyebabkan doanya tiada dimakbulkan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan janganlah kau berputus asa daripada mengharap rahmat Allah s.w.t kerana sesungguhnya tiadalah yang putus asa dari rahmat Allah s.w.t kecuali orang-orang kafir".
( Surah Yusuf, 87)
3. Tidak Yakin
Seseorang yang berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah s.w.t hendaklah mempunyai angapan atau sangkaan yang baik bahawa permintaanya akan diterima dan apabila was-was atau separuh yakin doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t menyebabkan doanya di tolak.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Hendaklah kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan yakin akan perkenan doanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t tidak memperkenankan doa orang-orang yang berhati lalai dan alpa".
SUMBER: PANDUAN HIDUP ISLAM
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "INILAH ORANG YANG DITOLAK DOANYA, DISEBABKAN BEBERAPA PERKARA SEPERTI BERIKUT"
Post a Comment