BEGINILAH CARA SYAITAN MASUK KEDALAM TUBUH BADAN MANUSIA. MOHON SHARE. | Islam Itu Indah
loading...

BEGINILAH CARA SYAITAN MASUK KEDALAM TUBUH BADAN MANUSIA. MOHON SHARE.



iklan responsive


SEBAGAIMANA nafsu syahwat bercampur dengan daging dan darah manusia, maka kekuasaan syaitan juga berjalan dalam daging dan darah, dan mengelilingi hati dari segala pinggirnya. Kerana itu Nabi Shalallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada manusia pada tempat jalannya darah. Maka sempitkanlah tempat jalannya itu dengan lapar.” (HR. Ahmad, Al-Bukhari, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Yang demikian itu kerana lapar menghancurkan nafsu syahwat. Tempat jalannya syaitan ialah nafsu syahwat. Allah
 Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“Aku akan duduk mengganggu mereka dari jalan yang lurus. Kemudian, aku datang kepada mereka dari hadapan dan dari belakangnya, dari kanan dan dari kirinya.” (QS. Al-A’raf: 16-17).

Nabi Muhammad Shalallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan beberapa jalan. Ia duduk melakukan gangguan itu dengan jalan Islam. syaitan itu berkata kepada manusia: ‘Apakah kamu masuk Islam, meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu?’ Tetapi manusia itu menantang syaitan dan memeluk Islam. Kemudian, syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah. Setan itu berkata: ‘Apakah kamu akan berhijrah, meninggalkan bumimu dan langitmu?’ Tetapi manusia itu menantang syaitan dan berhijrah.

Kemudian syaitan itu duduk dan mengganggu manusia dengan jalan jihad. syaitan itu berkata: ‘Apakah kamu akan berjihad? Kamu akan berperang, lalu kamu terbunuh. Maka isterimu akan dikhawini oleh orang lain dan hartamu akan dibagi-bagikan.’ Tetapi manusia itu menantang syaitan dan berjihad. Rasulullah bersabda: “Barangsiapa berbuat demikian, lalu meninggal, maka berhak bagi Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga.” (HR. An-Nasa’i). Rasulullah menyebut erti bisikan, yaitu: gurisan-gurisan (khawatir) dalam hati yang terguris dari seorang pejuang (mujahid) bahwa ia akan terbunuh dan isterinya akan dikawini oleh orang lain dan gurisan-gurisan lain, yang mengelakkan dari jihad.

Allah telah memperkenalkan musuhnya pada banyak tempat dalam kitab suci-Nya, untuk diimani dan dipeliharakan daripadanya. Allah berfirman: “Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu. Sebab itu perlakukanlah dia sebagai musuh! Dia hanya mengambil kawan separtainya, supaya menjadi isi neraka yang menyala.” (QS. Al-Fathir: 6). Orang yang bertakwa tidak sukar baginya menutup pintu syaitan dan menjaganya dengan penjagaan, yakni: pintu-pintu yang tampak dan jalan yang terang yang membawa kepada kemaksiatan zahiriyah. Sesungguhnya mereka jatuh pada jalan-jalannya yang tersembunyi.

Yang sukar ialah, pintu-pintu yang terbuka bagi syaitan kepada hati itu banyak, sedang pintu malaikat itu sebuah saja. Dan pintu yang sebuah itu menyerupai dengan pintu-pintu yang banyak tadi. Abdullah bin Mas’ud radiyallahu anhu berkata: Rasulullah telah menggariskan bagi kami pada suatu hari, seraya berkata: “Inilah jalan Allah!” Kemudian, beliau menggariskan beberapa garis, di sebelah kanan dan di sebelah kiri garis tadi. Kemudian, beliau bersabda: “Inilah jalan-jalan dan pada tiap-tiap jalan ini ada syaitan yang mengajak kepadanya.” Lalu beliau membaca ayat ini yang ertinya: “Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah! Dan janganlah kamu turutkan jalan-jalan (selain jalan Allah).” (QS. Al-An’am: 153).*/Sudirman STAIL

Sumber buku: Tentang Rahsia Keajaiban Hati. Penulis: Al-Ghazali/.hidcom

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "BEGINILAH CARA SYAITAN MASUK KEDALAM TUBUH BADAN MANUSIA. MOHON SHARE."

Post a Comment

loading...
'));