11 Amalan Syirik Yang Menjadi Adat Hingga Kini. Moga Kita Terhindar Daripadanya. | Islam Itu Indah
loading...

11 Amalan Syirik Yang Menjadi Adat Hingga Kini. Moga Kita Terhindar Daripadanya.



iklan responsive


Dipanggil pak lebai atau tuan haji bahkan digelar ustaz sekalipun bukanlah tiket yang membebaskan seseorang itu dari perkara syirik. Sesungguhnya syirik ini membatalkan aqidah manusia dan amat dibenci oleh Allah SWT.



Hari ini walaupun manusia telah dilanda badai kemodenan amalan-amalan tersebut masih dilakukan oleh sebagian orang dengan alasan amalan tersebut adalah tradisi dan adat istiadat peninggalan nenek moyang mereka.



Walhal perbuatan-perbuatan tersebut adalah syirik dan membahayakan agama mereka, antara amalan-amalan tersebut adalah:



Tathayyur
Tathayyur adalah beranggapan sial dengan waktu tertentu, tempat tertentu, atau sesuatu yang dilihat, didengar, atau diketahui. (Al-Qaulul Mufid)..

Sebahagian masyarakat mereka percaya apabila membina rumah hendaklah menghadap arah tertentu atau hendaklah dibina pada hari-hari tertentu dan meyakini sekiranya tidak dilaksanakan demikian maka akan mendatangkan bala dan sebagainya.

Ada pula sebahagian dari mereka yang beranggapan mesti mulakan perniagaan pada hari-hari tertentu atau berkahwin pada tarikh atau hari tertentu bagi mendapatkan kebaikan dan menolak keburukan.

Semua ini adalah bentuk tathayyur syirik, dimana harus dijauhi oleh seorang muslim.

Rasulullah bersabda:

“Thiyarah itu syirik, thiyarah itu syirik, thiyarah itu syirik.” (HR. Abu Dawud no. 3910, lihat al-Qaulul Mufid)



Tamimah
Tamimah adalah sesuatu yang digantungkan pada seorang anak untuk menolak ‘ain atau musibah (sejenis tangkal) yang selalunya kita dapat lihat benda-benda seperti ini digantung di rumah, dalam kereta, di kedai-kedai, atau dipakai (lambang @ logo @ simbol tertentu).

mereka yang melakukan amalan ini percaya bahawa amalan ini boleh menolak bala @ mendatangkan faedah kepada pengamalnya. Orang yang melakukannya terjatuh dalam kesyirikan. (Lihat al-Qaulul Mufid)



Tiwalah
Dalam bahasa mudahnya dipanggil pengasih iaitu sesuatu yang dibuat untuk membuat suami / seorang lelaki mencintai isterinya / seorang wanita atau sebaliknya.

mempercayai dublah (cincin yang dipakai oleh seseorang setelah bernikah) dan meyakini selagi mana cincin tersebut dipakai akan mengekalkan perkahwinannya. maka keyakinan seperti ini adalah syirik kerana hanya Allah Azza wa Jalla yang mampu untuk membolak-balikan hati manusia.

Amalan memakai cincin seperti ini tasyabbuh (menyerupai) orang kafir dan hukumnya adalah haram. Jika dia berkeyakinan bahwa cincin itu bisa menjadi sebab mengekalkan pernikahan, maka dia telah syirik. (Lihat al-Qaulul Mufid Syarah Kitabut Tauhid)



Jampi dan mentera
Yang dimaksud adalah ruqyah (bacaan-bacaan) yang syirik, yang mengandungi permintaan @ bantuan kepada jin. Rasulullah saw telah melarang tiga amalan di atas dalam hadits sebagaimana sabda Rasulullah saw:

“Sesungguhnya jampi-jampi, tamimah, dan tiwalah adalah syirik.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud, dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani)

manakala ruqyah yang dibenarkan oleh syariat hendaklah memenuhi tiga syarat berikut:

Bacaan dari Al-Qur’an, As-Sunnah, dan doa-doa yang baik.

Menggunakan bahasa Arab dan fahami maknanya.

Diyakini hanya semata-mata sebagai sebab, tidak berlaku selain dengan kehendak Allah SWT. (Lihat Fathul Majid)



Dukun dan Bomoh
Ini adalah musibah yang banyak sekali terkena kaum muslimin. Sehingga hari ini masih ramai orang-orang yang mempercayai dan menjadi pelanggan kepada bomoh dan dukun sedangkan Rasulullah memberi ancaman yang dahsyat kepada golongan ini di dalam haditsnya. Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa mendatangi dukun dan bertanya sesuatu, tidak akan diterima shalatnya selama empat puluh malam.” (HR. Muslim)

Di dalam hadits lain, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa mendatangi dukun dan bertanya sesuatu kemudian membenarkannya, dia telah mengkufuri apa yang diturunkan kepada Muhammad saw.”

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah menegaskan bahawa orang yang mendatangi dukun @ bomoh ada beberapa jenis:

Sesiapa yang datang dan bertanya kepadanya (walaupun tidak mempercayai), maka tidak diterima solatnya empat puluh hari.

Sesiapa yang datang dan bertanya kepadanya, dan membenarkan ucapannya, maka ia telah ingkar kepada apa yang diturunkan kepada Rasulullah saw.

Datang untuk membongkar kesesatannya, diperbolehkan. (Lihat al-Qaulul Mufid)

Adakah Bomoh @ Dukun itu kafir?… Berkata Syaikh Hafizh Bin Ahmad al-Hakimi rahimahullah: “Sembilan alasan yang menyatakan dukun @ bomoh itu kafir antaranya adalah kerana seseorang dukun itu telah menjadi wali syaitan, Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya….” (Al-An’am: 121)

Sedangkan syaitan tidak menjadikan seorang menjadi wali selain seorang yang kafir. (Lihat Ma’arijul Qabul hlm. 423-424)



Sembelihan untuk selain Allah Subhanahu wa Ta’ala
Rasulullah saw telah memberitakan bahawa termasuk orang yang dilaknat adalah seorang yang melakukan sembelihan untuk selain Allah SWT.

Dari Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah saw bersabda:

“Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah. Allah melaknat orang yang melaknat (mencerca) dua orang tuanya. Allah melaknat orang yang melindungi pelaku pelanggaran syar’i. Dan Allah melaknat orang yang mengubah-ubah batas tanah.” (HR. Muslim)

Di antara sembelihan yang dipersembahkan untuk selain Allah SWT adalah berbagai bentuk dan salah satunya adalah sembelihan untuk jin. Contohnya:

Sembelihan untuk Laut: Di antara sembelihan syirik adalah sembelihan yang seringkali dilakukan setiap tahun yang dipersembahkan untuk selain Allah SWT, samaada untuk laut (sedekah laut), sungai, gunung, ataupun yang lainnya.

Sembelihan untuk pengantin: Di sebagian tempat ada sebuah tradisi penyembelihan ketika ada pernikahan. Kedua mempelai diperintahkan untuk memijak kedua kaki mereka di darah sembelihan tersebut sebelum memasuki rumahnya.

Sembelihan untuk rumah baru: Di sebagian tempat, ketika telah selesai membangun rumah, mereka menyembelih seekor haiwan. Sebahagian mereka bahkan menanam kepala hewan tersebut di rumah barunya. Ini juga termasuk sembelihan yang syirik.

Memenuhi keinginan jin yang masuk pada tubuh seseorang: Ketika ada orang kerasukan jin kemudian diruqyah, kononnya ada kalanya jin meminta disembelihkan haiwan untuk dirinya. Yang demikian itu, permintaan jin tersebut tidak boleh ditunaikan, karena perkara tersebut adalah sembelihan untuk jin. (Lihat al-Qaulul Mufid, asy-Syaikh Muhammad al-Wushabi)



Perbuatan Syirik di Kubur
Di antara perbuatan syirik yang dianggap biasa adalah perbuatan-perbuatan di pekuburan seperti berikut:

Berdoa kepada penghuni kubur.

Bernazar untuk penghuni kubur

Isti’anah, meminta tolong kepada penghuni kubur.

Isti’adzah, meminta perlindungan kepada penghuni kubur.

Istighatsah, meminta dihilangkan bencana kepada penghuni kubur.

Semua yang tersenarai ini adalah satu bentuk kemungkaran yang hendaklah dijauhkan. Oleh yang demikian hendaklah saling nasihat menasihati dan sentiasa berusaha untuk mencegah dari perkara-perkara yang mungkar seperti mana sabda Nabi saw:

“Barangsiapa melihat kemungkaran hendaknya dia ubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lisannya. Jika tidak mampu juga maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim) (Lihat Ma’ariful Qabul, Ighatsatul Lahafan, Tahdzirul Muslimin)



Mencari barakah dari benda-benda tertentu
Ada sebahagian orang yang mencari keberkaran dari pokok, kubur atau benda-benda yang pada mereka mempunyai fadhilat yang tertentu seperti batu cincin @ cincin, keris, lembing, selendang, capal (seperti lambang @ simbol @ gambar).

Satu perkara yang perlu kita fahami, Tidak boleh bertabaruk (mencari keberkatan) dari diri seseorang samaada dengan tubuh badannya atau bahagian-bahagian tertentu selain dari Rasulullah saw. Walaupun seseorang itu dianggap solah (baik ludahnya, rambutnya mahupun bahagian-bahagian tubuh lainya). Alasannya adalah kerana:

Perkara tersebut adalah khusus bagi Rasulullah saw

Tidak ada seorang pun setelah Rasulullah saw wafat yang meminta berkah dengan bahagian tubuh Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali bin Abi Thalib, dan sahabat lainnya. Seandainya hal tersebut dibolehkan, pastinya akan dilakukan oleh orang-orang di zaman mereka.

Akan menyebabkan fitnah dan ujub (bangga diri) dari orang yang diminta berkah. (Lihat Taisir al-’Azizil Hamid, hlm. 144-145)



Sihir
Sihir merupakan amalan kufur yang mesti dijauhi oleh seorang muslim. Orang yang mengajar sihir, dia telah terjatuh dalam kekufuran. Firman Allah SWT:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir). Hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia.” (Al-Baqarah: 102) (Lihat Ma’arijul Qabul hlm. 407-411)



Menyeru semangat padi dan sebagainya
Sebahagian orang memberi makan ketika hendak menuai dan selainya. Menurut mereka ianya dilakukan untuk dipersembahkan kepada dewa yang menjaga tanaman mereka dan sebagainya. Amalan ini termasuk dalam syirik.



Memberikan penghormatan dengan membongkok
Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Membongkok ketika memberikan penghormatan adalah perbuatan yang dilarang. Sebagaimana dalam riwayat at-Tirmidzi dari Nabi saw, bahawa mereka bertanya tentang seseorang yang berjumpa dengan temannya lalu membongkok kepadanya. Jawab Rasulullah, “Tidak boleh.”

Perkara ini juga dilarang kerana rukuk dan sujud kepada selain Allah SWT adalah dilarang walaupun terdapat kisah tentang Nabi Allah Yusof a.s:

“Dan ia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana. Mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusof. Yusof pun berkata, “Wahai ayahku, inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu.” (Yusuf: 100)

Adapun dalam syariat kita, bersujud tidak diperbolehkan selain untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Lihat Majmu’ al-Fatawa, 1/259)



—- Ulasan —-



Semoga Allah SWT merahmati kita semua, apa yang disampaikan hanyalah sebahagian daripada amalan-amalan syirik yang berlegar dalam masyarakat kita. Semuanya harus kita jauhi dan wajib bagi kita sebagai muslim untuk saling nasihat menasihati dalam menjauhi amalan syirik.

Sesungguhnya setiap amalan samaada ibadah atau adat yang kita lakukan hendaklah tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisa: 65)

Janganlah kita seperti orang-orang jahiliyah yang tidak mahu beriman kepada Rasul saw dengan alasan mengikuti nenek moyang. Allah SWT tentang keadaan kaum musyrikin:

Apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah,” mereka menjawab, “(Tidak), kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.” (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu pun dan tidak mendapat petunjuk?” (al-Baqarah: 170)

Seorang muslim harus mendahulukan syariat Allah SWT di atas segala hal. Dia harus mengutamakan syariat dari hawa nafsu, adat-istiadat, dan pendapat akalnya. Allah SWT telah mencela orang yang lebih mendahulukan hawa nafsunya. Firman Allah SWT:

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (al-Jatsiyah: 23)

Mudah-mudahan tulisan yang ringkas ini dapat menjadi nasihat dan menjadi salah satu sebab musnahnya amalan-amalan syirik yang telah sekian lama tersebar di negara kita ini.



Sumber Artikel: http://www.islamituindah.com.my/2017/09/amalan-amalan-syirik-yang-di-adatkan.html

Sumber Video: https://www.youtube.com/watch?v=OPN-th6bN4E

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "11 Amalan Syirik Yang Menjadi Adat Hingga Kini. Moga Kita Terhindar Daripadanya."

Post a Comment

loading...
'));