iklan responsive
Seperti mana yang kita semua tahu, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari atau sering disebut sebagai Saiyyidul Ayyam. Ini kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari tersebut jika kita melakukan amalan sunat di hari Jumaat. Amalan sunat pada hari Jumaat sering diabaikan oleh kita kerana kesibukan kita dalam melakukan tugasan dan aktiviti harian. Sedangkan terdapat banyak sekali kelebihan amalan sunat ini yang telah tercatit di dalam al-Quran dan Hadith.
Jadi, oleh kerana ramai yang kelihatan kurang menitikberatkan antara amalan-amalan sunat ini, kami akan cuba untuk menyenaraikan kembali amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan khusunya pada hari Jumaat yang barokah ini.
Yang pertama adalah, membersihkan diri dengan mandi, bersugi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik. Amalan ini telah disebut di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :
“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.”
[Riwayat al-Bukhari]
Yang kedua nya adalah, membaca surah al-Kahfi. Membaca surah al-Kahfi ini mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antara nya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”
[Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim]
Amalan yang ketiga adalah, memendekkan khutbah dan memanjangkan solat. Khutbah merupakan antara rukun yang terdapat di dalam Rukun-Rukun Khutbah. Di dalam hadith yang diriwayatkan Muslim, ada menerangkan sebab kenapa perlu memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.
“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seseorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjangkan solat dan memendekkan bacaan khutbah!”
[Riwayat Muslim]
Seterusnya adalah, mendirikan solat sunat Ba”diyah Jumaat. Amalan ini yang selalu sangat orang tertinggal bila dah selesai solat. Kenapa? Sebab selalunya bila dah selesai bagi salam semua berpusu-pusu keluar dari masjid untuk pulang ke rumah atau tempat bekerja masing-masing. Dan tertinggal lah untuk melakukan amalan sunat ini walaupun hakikatnya cuma beberapa minit sahaja pelaksanaannya.
Daripada Abu Hurairah radhiallahu”anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah solat jumaat”.
[Riwayat Imam Muslim]
Manakala daripada Ibnu ”Umar radhiallahu”anhuma, dia berkata :
“Rasulullah S.A.W bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya.”
[Riwayat Imam al-Nasaei]
Amalan kelima atau yang terakhir adalah merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat. Berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu”anh beliau berkata Rasulullah S.A.W memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda :
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba Muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan kepadanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.”
(Shahih Al-Bukhari, kitab Da”awat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumu””ah 3/5-6)
Di dalam laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini :
“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum”at atau sehingga selesai waktu shalat asar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.
Selamat beramal dengan apa yang telah dikongsikan ini. Semoga Allah memberikan kita hidayah dan kekuatan untuk terus melakukan amal kebaikan. In Shaa Allah.
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "Inilah 5 Amalan Sunat Pada Hari Jumaat Untuk Kita Amalkan. Rugi Tak Amal."
Post a Comment