iklan responsive
Macam yang dah ramai tahu samada di kalangan family atau rakan terdekat, saya memang sangat suka memasak. Bagi saya memasak adalah satu terapi. Kalau badan tengah tak berapa sihat pun, otak ni tetaplah duk membayangkan menu yang dah lama tak makan. Sempat lagi teroka resepi-resepi urban yang dah lama tak buat. Itulah saya. Nak memasak ni pulak, selain resepi, penyediaan bahan teramatlah penting daripada pembelian bahan mentah, sehinggalah proses mengupas bawang dan memotong sayuran. Persediaan awal akan dapat menjimatkan masa memasak dan memberi mood gembira ketika memasak sebab waktu tu kita cuma perlu campak-campak je. Makanan bukan saja cepat masak, dapur pun senang nak dikemas nanti. Benarkah bawang yang telah dipotong merbahaya untuk dimakan jika telah terbiar semalaman? Menurut Persatuan Bawang Kebangsaan, sifat bawang adalah mudah benyek, berlendir, berubah warna atau jika direndam ia akan mengeluarkan cecair keruh di sekelilingnya. Bawang yang sudah dihiris, dicincang atau dibelah separuh tidak boleh disimpan untuk digunakan semula untuk memasak pada hari berikutnya kerana ia dikatakan akan menjadi sangat beracun. Mitos tentang sejauh mana bawang yang telah dipotong sehari sebelumnya selamat dimakan adalah berdasarkan potensi bahawa kuman atau bakteria boleh tumbuh di atas sayur-sayuran dalam tempoh ia dipotong sehingga tiba saat memasak. Bawang mampu menyerap bakteria dengan sangat baik dan bawang juga boleh mencegah kita daripada mendapat selesema kerana ciri anti-oksidannya yang tinggi. Yang sebenarnya, ia hanyalah satu legenda di bandar. Anda dengan selamat boleh memotong bawang sehari sebelum menggunakannya dalam masakan selagi ia dilakukan dengan betul. Adakah benar bawang yang dibiarkan di tempat terbuka akan menarik bakteria dan kuman? Bawang dikatakan sejenis magnet yang paling kuat untuk menarik bakteria, terutama sekali bawang mentah. Setiap kali kes keracunan makanan dilaporkan, pegawai penyelidik akan mencari bahan bukti daripada makanan yang dimakan terutamanya daripada salad atau sandwich yang di dalamnya terdapat hirisan bawang sebagai bahan ulaman. Bakteria toksik ini dipercayai boleh menyebabkan jangkitan pada usus dan sakit perut kerana rembesan hempedu yang berlebihan seterusnya mengakibatkan keracunan makanan. Kenyataan ini bukanlah suatu fakta. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kebenarannya. Bawang tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib untuk menarik bakteria dari kawasan sekitarnya. Malah, apabila bawang dipotong, ia akan mengeluarkan asid sulfenic yang menghalang pertumbuhan kuman dan melindunginya daripada bakteria yang berada di sekitarnya. Ini adalah kerana bakteria biasanya menyukai persekitaran yang lembab dan neutral, dan tidak boleh hidup di persekitaran berasid. Sama ada kita terfikir atau tidak, itulah sebabnya cuka yang bersifat asid digunakan untuk memelihara jangka hayat sesuatu makanan. Menurut Dr Ruth MacDonald, seorang penulis untuk BestFoodFacts.org, perkara ini ada kebenarannya tetapi ia tidak mungkin boleh menjadikannya berbahaya dalam sekelip mata. Bawang tersebut masih boleh diselamatkan dan dimakan jika disimpan dengan cara yang tertentu. Ya, cara pengendalian yang betul bawang yang telah dipotong akan dapat mengurangkan risiko pencemaran dan pembiakan bakteria. Kaedah dan Tips menyimpan bawang dengan selamat Sebelum pergi lebih jauh, kaedah penyimpanan bawang itu sendiri haruslah betul. Bawang harus disimpan pada suhu bilik, jauh daripada sumber cahaya dan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Semua jenis bawang hendaklah diasingkan daripada kentang, kerana ia akan menyerap kelembapan dan menyebabkan kentang cepat rosak. Memotong bawang lebih awal seperti sehari sebelum ia mahu digunakan adalah selamat jika langkah berjaga-jaga diambil. Panduan di bawah mungkin yang anda cari-cari selama ini. Elakkan daripada menggunakan bawang yang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Sentiasa simpan bawang yang telah dipotong ke dalam bekas bertutup dan kedap udara yang diletakkan di dalam peti sejuk kerana ini akan melambatkan proses pertumbuhan bakteria. Menyimpan bawang yang telahdipotong dalam bekas yang dipenuhi dengan air sejuk juga boleh membantu memelihara kesegarannya – Heloise, penasihat terkenal tips rumahtangga dan pengarang ” Dapur Petua dari Heloise .” Sebelum memotong bawang (atau apa jua tugas memotong di dapur), basuhlah tangan dengan bersih terlebih dahulu. Ini akan membantu mencegah bakteria daripada mencemarkan bahan yang ingin dipotong termasuklah bawang Asingkan penggunaan papan pemotong (chopping board) untuk bahan basah seperti ayam/ikan dan bahan kering seperti bawang dan sayuran. Sebaiknya, gunakan papan potong jenis plastik atau acrylic yang lebih mudah untuk dibersihkan. Sebagai contoh, jika terdapat kepingan bawang di atas papan pemotong yang juga digunakan untuk memotong ayam mentah, bakteria daripada jus ayam turut akan dipindahkan kepada bawang tersebut. Adalah lebih selamat jika bawang itu dimasukkan ke dalam beg berzip (ziplock bag) dan terus disimpan di dalam peti sejuk sekiranya tidak lagi mahu digunakan. Baca Juga : Tips Penjagaan Peralatan Dapur – Papan Pemotong Bawang potong yang ditinggalkan tidak beracun, sebaliknya ia selamat untuk digunakan dan boleh disimpan di dalam peti sejuk, dalam bekas yang tertutup pada suhu yang betul 40A ° F ke bawah dan boleh bertahan dalam tempoh 4 hari. Tetapi bawang ini akan kehilangan nilai nutrien apabila disimpan lebih lama di mana khasiatnya akan turut menyusut. Walaubagaimanapun, penting untuk ambil perhatian bahawa ianya perlu dikendalikan dengan cara yang bersih semasa memotong dan ingin digunakan semula kerana bawang boleh tercemar dengan bakteria tertentu apabila disentuh dengan tangan yang kotor atau papan pemotong yang tidak bersih. Ia tidak hanya khusus kepada bawang sahaja, tetapi juga bahan mentah yang lain kerana faktor kebersihan di ruang dapur dapat mengelak daripada terjadinya sakit perut, cirit-birit dan keracunan makanan. Oleh itu, sebaran yang mengatakan bahawa bawang dipotong menjadi toksik adalah satu mitos. Bawang yang dibiarkan semalaman tanpa dimasak, tidaklah beracun seperti yang digembar-gemburkan. Ia masih selamat untuk digunakan jika disimpan dalam keadaan bersih. Terdapat banyak lagi versi lain daripada cerita ini, dengan mendakwa bahawa meninggalkan bawang sekitar bilik boleh menyerap virus selesema bersama-sama dengan bakteria yang menyebabkan penyakit-penyakit lain sekaligus menghalang orang lain daripada jatuh sakit. Ia termasuklah kaedah membungkus kaki dengan stokin yang terlebih dahulu ditampal dengan hirisan bawang di bawah telapaknya. Ini adalah satu fakta bahawa bawang telah digunakan dalam perubatan kaum China lama tetapi ia hanya satu kepercayaan palsu, tidak ada bukti saintifik untuk membuktikannya. Sekalipun bawang bukanlah magnet kepada bakteria, namun ianya sangat bermanfaat digunakan untuk tujuan perubatan kerana tinggi kandungan vitamin C selain merupakan sumber yang serat yang baik serta nutrien penting yang lain. DISCLAIMER : Dakwaan ini berpunca daripada satu blog post yang bermula sejak Mac 2008. Walaupun entri post asal sudah dipadamkan dan dibuang dari internet pada tahun 2009, masih terdapat sebahagian daripada post yang terus beredar di internet dan menjadikannya viral. Betapa mudahnya suatu khabar disebarkan sekalipun tidak sahih dan tiada pula fakta yang membuktikan kebenarannya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kenyataan palsu ini, mohon rujuk surat pengguna yang turut dilampirkan bersama dari Persatuan Bawang Kebangsaan.
ikalan saiz 250
JOM DERMA IKHLAS KE :
loading...
0 Response to "Bahaya Simpan Bawang Yang Dah Potong Dalam Peti Sejuk?"
Post a Comment